Tuesday, March 4, 2008


Gambar pooh ini menggambarkan keseronokkan saya semasa melukis lukisan ini, dimana pada waktu itu hati saya berasa gembira kerana dapat bertemu dengan cewek saya..saya hanya dapat gambarkan keseronokkan saya melalui lukisan pooh berkenaan...pooh dapat menghiburkan saya..
Saya menghasilkan lukisan ini di mana ia menggambarkan tentang ketenangan melalui gambaran dasar laut dan lakaran lukisan ikan. lukisan pemandangan laut sememangnya menjiwai diri saya dengan suasana yang mendamaikan.

Wednesday, February 27, 2008

simbol kesenanganku...



Simbol matahari ini dilukis semasa saya dalam keadaan senang hati kerana asgmnt saya semuanya dapat dihantar pada tarikh yang ditetapkan..hati saya berasa senang apabila sya melukis matahari ini dimana ia membawa maksud ketengan bagi diri saya...tambahan pula matahari yang saya lukis ini sedang tersenyum lebar kerana menggambarkan keadaan diri saya yang sedang bersenang hati dan dalam menghabiskan kerja saya yang sebelum ini bertimbun-timbun...

Gambar yang di lukis ini menggambarkan corak abstrak yang mana jika di lihat secara teliti terdapat motif bunga dan juga motif bulatan yang berbentuk abstrak. Gambar ini di lukis semasa saya dalam keadaan pening kepala, yang mana akhirnya menghasilkan gambar bulatan bagi menggambarkan perasaan saya pada ketika itu. Gambar bunga pula di lukis agar saya dapat mencari ketenangan serta memikirkan perkara yang positif yang mana akhirnya terbentuklah perkataan friends di sekitar bunga berkenaan. Perkataan friends ini wujud semasa saya cuba mengimbas kembali kenangan bersama rakan-rakan saya bagi menenangkan perasaan saya.....

Monday, February 25, 2008

Gambar dan penerangannya

Grafik yang dipilih ini memberi gambaran tentang keindahan alam semulajadi yang di cipta oleh tuhan. Grafik atau gambar rama-rama mewakili suatu keajaiban yang di cipta oleh tuhan yang mana ianya di cipta begitu cantik sekali serta bebas terbang di mana sahaja. Melalui gambar ini kita dapat lihat seekor rama-rama yang menghisap madu bunga yang sedang mekar berkembang yang menggambarkan kecantikan alam semulajadi flora dan fauna ini. Selain itu, ianya juga memberikan mesej kepada manusia tentang pentingnya memelihara flora dan fauna(rama-rama) ini kerana ia adalah sesuatu yang cantik dan menarik dan juga indah.

Monday, February 11, 2008

My Name


Ini adalah salah satu kreativiti yang menunjukkan keperibadian saya yang berbeza dari yang lain.Warna hitam di pilih sebagai tulisan bagi menunjukkan diri saya yang ringkas.

Tuesday, January 29, 2008

My StYle

BERmotifkan alam semulajadi
dan mempunyai
keunikan tersendiri
Ia menggambarkan personaliti saya yang berbeza

daripada individu lain.Ia juga bersifat eksklusif dan
kepelbagaian warna yang terdapat dalam ilustrasi ini

membawa maksud tentang kepelbagaian tumbuhan semulajadi
yang terdapat di negara kita.